Thursday, September 4, 2014

jika nanti

A : nanti kalau dah taknak saya, cakap lah ye.
B : ye..
A: ....
B : kalau saya tak nak cakap?
A : awak kena cakap jugak!
B : mana boleh paksa2 orang
A : bila cakap tu, mampu menaikkan maruah dan martabat seseorang. dalam bahasa melayunya kita panggil "hormat"
B : mustahil. kalau saya dah taknak awak, mesti masa tu saya benci yang amat. sampai muka awak pun saya tak boleh nak tengok.
A : hmm... itu memang kadar bayaran untuk sesebuah perhubungan manusia.
B : ok. nanti saya cuba.
A : awak nak tinggalkan saya?
B : mana datang soalan tu?
A : tu.. "ok. nanti saya cuba"
B : tak dapat bayangkan hidup tanpa awak. tak dapat bayangkan awak tiba2 hilang.
A : (senyum)
B : kenapa senyum?
A : sebab awak sayang saya biarpun nanti awak dah taknak saya...

Monday, August 25, 2014

Even heroes have the right to bleed


acapkali saya terpengaruh dengan siaran televisyen. man of steel sabtu ini di HBO premier. kalaulah saya ini superman, tidak dapat saya pastikan lagi samada saya ini bahagia jika dapat terbang. tidak pasti saya suka melihat aib kemaluan orang dengan pandangan x-ray saya. tidak pasti saya boleh lega mendengar 1001 macam umpatan dan makian dan cacian manusia. tidak pasti juga saya boleh tidur lena setelah tahu ada yang boleh mengancam keselamatan saya dan orang yang saya sayang.

kebanyakan manusia biasa yang penuh rahsia, sememangnya dia akan merujuk kepada kawannya yang terbaik sekali dalam berkongsi pendapat dan cuba mendapatkan sokongan. seorang manusia super juga tidak ketinggalan. dan menyembunyikan 'sesuatu' demi orang lain adalah perkara terbesar saya pernah tempuh dalam hidup untuk beberapa episod suka-duka kehidupan. sayangnya, saya bukan manusia super. jauh sangat dari super.


Clark Kent: If Lana didn't wanna marry Lex, she wouldn't.
Chloe Sullivan: Yeah, but Lana's not my hero, Clark - *you* are. And this whole idea that you haven't told her who you really are, that you are giving up the one person that you totally love...
Clark Kent: I'm protecting her.
Chloe Sullivan: Good job. She's marrying a monster and trapping herself into a loveless life.
Clark Kent: Oh, you think this is easy for me?
Chloe Sullivan: I think it's easier than getting hurt. Clark, you don't hesitate to run into a burning building or jump in front of a bullet because nothing can penetrate that iron flesh of yours. But the one time saving Lana means putting your heart on the line, the Man of Steel is nowhere to be found.

kehidupan bolehlah disamakan dengan keretapi. ia tidak boleh berpatah balik. lana cuba menongkah arus yang kemudiannya memakan dirinya sendiri. akhirnya, penyesalannya tidak pernah luput dari ingatan biarpun dari smallville sehinggalah superman return. nasihat dan sokongan moralnya tiba terlalu lambat!

Nell Potter: This may be the most important day of your life. What's wrong?
Lana Lang: It's just... if there was something that you had to put past you to get on with your life, and you tried every way that was fair and honest to do that and nothing worked... is it really wrong to bend the rules just once?

sekali lagi, bilamana keselamatan seseorang itu berada dalam tangan kita dalam bentuk rahsia, peganglah seadanya. rahsia yang berbentuk amanat adalah terbeban pada bahu oleh si penyimpan. saya tidak suka orang simpan rahsia saya, cuma jika ada mana-mana pihak yang tahu, simpanlah ia dengan hati anda. adalah sangat mengujakan apabila insan selemah perempuan juga kadang kala mampu cuba menyelamatkan si manusia super demi cinta. demi cinta.

Lionel Luthor: You know Clark's secret, don't you? I've been watching you since you've started seeing my son, and you've been getting closer and closer to finding out the shocking truth about Clark Kent. What a surprise it must have been to realize that Clark has kept up the deception for so long, right under your nose.
Lana Lang: He was trying to protect me. And he's not going to let you threaten me now.
Lionel Luthor: You think Clark's invincible. Not so. Like every hero, he has an Achilles' heel, a weakness. I know what it is. And I know that it could kill him.
Lana Lang: No. You could never hurt him.
Lionel Luthor: Would you bet Clark's life on that? I give you my word, Miss Lang, if you don't honor the promise that you made to my son or I find out that you have told anyone about this conversation, I will kill Clark Kent.


saya kira perkara ini memang tidak pernah terjadi dalam mana-mana kehidupan manusia di muka bumi ini. ia hanya berlaku dalam filem dan drama. perkara itu adalah larinya si bakal pengantin kembali kepada cintanya yang sejati. jadi, smallville berpijak di bumi yang sangat nyata untuk perkara ini biarpun ada cubaan untuk menidakkannya.

Clark : I can't let you do this, Lana. I can't let you go through with this... not until you know everything.
Lana: It's okay. You don't have to explain.
Clark: I owe it to you.
Lana: No, you don't owe me anything, Clark. I'm the one who's in denial. I thought the love I have for Lex would be enough. But I can't just keep turning my back on the truth.
Clark: What are you saying?
Lana: I'm not going to marry Lex. I don't have time to explain right now. I'll meet you at the barn at 5:00. You have to go. I'll be there -- I promise. Go!


Five For Fighting Superman I cant stand to fly Im not that naive Im just out to find The better part of me Im more than a bird...Im more than a plane More than some pretty face beside a train Its not easy to be me Wish that I could cry Fall upon my knees Find a way to lie About a home Ill never see It may sound absurd...but dont be naive Even heroes have the right to bleed I may be disturbed...but wont you concede Even heroes have the right to dream Its not easy to be me Up, up and away...away from me Its all right...you can all sleep sound tonight Im not crazy...or anything... I cant stand to fly Im not that naive Men werent meant to ride With clouds between their knees Im only a man in a silly red sheet Digging for kryptonite on this one way street Only a man in a funny red sheet Looking for special things inside of me Im only a man In a funny red sheet Im only a man Looking for a dream Im only a man In a funny red sheet And its not easy Its not easy to be me

http://www.imdb.com/title/tt0959376/quotes
http://www.kryptonsite.com/forums/showthread.php?p=3759763
http://www.tv.com/smallville/promise/episode/972299/summary.html

perjalanan hidup

memahami akan maksud hidup itu menjadikan kita kadang-kadang 'hilang' sesuatu.
lalu yang tampan, hilang rupanya. lalu yang anggun, hilang serinya. lalu yang berbudi, hilang pekertinya. lalu yang yang memberi, hilang rasanya. maka seluruh perbuatan hidup serba tiada menjadi hasilnya.

ini kerana sifat manusia itu sendiri yang boleh hilang sabar apabila menghadapi rentetan-rentetan masalah hidup.
lalu hidup bahagia, gulana jadinya. lalu senyum manis, kelat rasanya. lalu gelak cerita, benci hatinya. maka seluruh perjalanan hidup tidak seberapa gembira.



maka sifat manusia itu juga yang mahukan perubahan dalam hidup. yang kadang-kala, harga untuk satu-satu perubahan itu teramat tinggi sehingga tidak terbayang oleh akal secetek ini.
lalu yang berhutang bertambah kelilingnya. lalu yang nekad bertambah mahunya. lalu yang cinta bertambah musuhnya. lalu yang benci bertambah dengkinya. maka menjadi-jadilah setiap usaha manusia itu mencapai hasrat jiwa, meronta-ronta menggapai erti bahagia, meracau-racau akan dalamnya maksud menjadi hidup bahagia.

dan bilamana manusia itu telah mencapai hajat hatinya, hilang gundahnya, terperi hatinya, lega bebannya. gembiranya dia adalah datang dari ikhlas diri, lantaran dari usaha kerasnya, dan acapkali disandarkan pada sesuatu.
lalu kembalilah rupanya yang tampan . lalu kembalilah serinya yang anggun . lalu kembalilah pekertinya yang berbudi. lalu kembalilah rasanya yang memberi. maka seluruh perbuatan hidup serba menjadi hasilnya.

akhirnya manusia itu mati lantaran dari tuhan ia datang, maka kepada tuhan juga ia kembali. jumpa kalian semua di padang mahsyar. 

Wednesday, August 13, 2014

hati yang satu lagi

cerita pendek : berada di negara orang jauh dari anak dan isteri - seksa ok. hati telah tertinggal di Malaysia. 

----------------------------------------

hari-hari yang berlalu tidak menjaminkan satu masa hadapan yang gemilang. kita selalu yakin dengan pernyataan ini. tatkala hati itu gembira yang bukan kepalang, terkadang itu jugalah kita lupa akan permasalahan hidup dan seterusnya yakin bahawa bahagia itu akan berkekalan. sekuat mana ia bergelak sakan hari ini, sekuat itulah ia menangis meratap hiba esoknya. sebenarnya, sejak azali kita tidak pernah takut dengan apa jua dugaan yang mendatang kelak, tapi momokan demi momokan dari orang sekeliling sedikit sebanyak menggentarkan hati berani kita ini. justeru, kita jadi pengecut, hilang yakin diri, dan mula hilang kasih sayang.

antara orang sekeliling yang menjadi momok ini adalah orang tua. maksud saya orang tua ini adalah orang yang berumur dari kita kononnya dengan berumur lebih itu dia lebih pengalaman. jadi mereka ini selalu beritakan perihal yang tidak bagus. mereka juga selalu perlakukan contoh yang tidak bagus. mereka selalu berkata nista tetapi selalu juga melapik kata bahawa niat hati mereka itu baik. kita akur dan kita ikut. selalu. namun sebagai orang muda, tidak kita mendahului mereka atas dasar hormat dan menjaga hati.

niat kawan-kawan juga sinonim dengan perilaku kita. padahal kawan-kawan itu adalah acuan mudah jiwa kita ini dibentuk. bulat kawannya, bulatlah kita adanya. bengap kita, bengap juga kawannya. ajaibnya mereka tahu kebengapan mereka dan tidak malu juga untuk melapik kata bahawa niat hati mereka itu baik. dan selalunya kita aku dan kita ikut. namun sebagai seorang kawan baik, tidak kita mencela sengaja atas dasar kasih dan juga menjaga hati.


inilah dia. hati yang satu lagi selalu membantu dalam apa jua hal. bila berbisik, hati satu lagi itu mendengar. bila bercerita, hati satu lagi mengeluarkan teori. bila bertekak, hati satu lagi itu memujuk. bila menangis, hati satu lagi itu segera hadir. dan bila lapar, hati yang satu lagi akan cepat menyuap! orang kata, sukar untuk kenal hati satu lagi itu. tapi sebenarnya hati satu lagi itulah yang dirasakan paling kenal dan dekat dengan anda. hati satu lagi yang menguatkan kita tatkala jadi pengecut, penambat hati tatkala tidak yakin, pencinta sejati tatkala hilang sayang. tanyalah buah hati karangan jantung anda, maka dia akan menjawab seadanya kerana dialah hati yang satu lagi itu.


Thursday, August 7, 2014

bukan siapa-siapa

cerita pendek : I live my life a quarter mile at a time. Nothing else matters: not the mortgage, not the store, not my team and all their bullshit. For those ten seconds or less, I'm free.(dom, the fast and furios, 2001)

10 saat bagai terhenti tatkala 299km/h. ia melangkaui 35 tahun pengalaman hidup. 

------------------------------------------------------------


hanya dengan sokongan daripada orang kesayangan bakal menyelesaikan satu masalah hati tatkala berbicara tentang perilaku yang ditanggung badan. nama saja sudah "orang kesayangan", jatuhlah satu hukum bahawa jika terdampar 1001 macam badai sekalipun, sokongan itu akan segera datang. ada bentuk sokongan mental. ada bentuk sokongan kewangan. ada bentuk sokongan fisikal. ada bentuk yang manusia nampak. ada bentuk yang malaikat nampak. ada bentuk yang hati sahaja nampak.acapkali manusia itu perlu berfikir dan berbicara tatkala tenang, pesan seorang kawan. pendapat seorang pakar motivasi juga mengatakan perkara yang sama - jadilah rasional jika seorang itu sedang tenang, katanya. paling tidak pun, jika keributan yang melanda, seorang yang akalnya waras dan faham setiap kesulitan akan segera akur dan terima. tapi ia tidak mudah. doa sahaja agar dipermudahkan permintaan kita. kerana doa adalah sulaman hati selepas usaha.

nak pula dijadikan lelaki itu super ego. nak pula si super ego tahu yang perempuan itu jalannya bengkok semacam tulang rusuk. konon hanya dia yang berhak untuk baiki. nak pula sudah diajar bahawa perempuan itu juga keras kepala. konon hanya dia yang kenal isihatibudi temannya. nak pula si perempuan pula beranggapan dunia itu selalu salah. konon taraf lelaki itu haknya memang sama rata. mulalah dia mengasingkan diri dengan harapan jawapan akan menyusul sendiri. dalam sendirian itu, mereka mula berfikir akan sebab dan akibat, matanglah percaturan hidupnya dan datanglah sokongan padu daripada orang kesayangan.

inilah pesan saya. jika satu hari nanti dibenarkan anda (perempuan) bersua muka untuk menyatakan tiada episod cinta lagi, katalah yang sebenarnya tanpa bergantung penuh pada orang lain demi menunjukkan anda itu kuat tanpa si lelaki. dan jika anda (lelaki) diajukan soalan yang sama, terimalah dengan tenang dan selalunya andalah yang terkorban dalam cubaan mengecap kebahagian hidup. pastinya ribut-ribut kecil akan bertapa dalam hati untuk sementara. dan sokongan orang yang paling hebat dalam dunia adalah dari golongan darah daging. biarpun yang melahirkan atau dilahirkan atau datang dari perut yang sama. itulah sebenar-benar orang kesayangan anda.



(Tuhan pun dah jawab doa kita)

cerita pendek : sekali ini dan sekali lagi. sumber kekuatan mengharung badai ombak gelora. sumber tulisan datang dari cinta hati kamu. semoga Tuhan selalu jawab doa-doa kita, ma.

---------------------------------------------------------


katakan pada hati

harapnya hati itu kembali menyanyi

puasa lemah tidak berkuasa

demi puasa, semoga berjaya. demi kuasa, hamba sedang bercerita. demi tuan hamba, itu bukan lautan api, itu bukan hujan lembing.

apakah itu?

picisan hidup. hamba tempuh meski tiada janji hujungnya kekal abadi. tempias hujan hamba yang rasa, tempias hati tuan hamba merana.

lalu berpayungkan airmata?

janji singgahsana, terjadi hutan rimba. janji bersama, terjadi hati mencuka. payung hamba buat tuan puteri bahagia

jikalau itu payung ke syurga, bahagialah jawabnya

syurga tidak mahu, neraka kata belum lagi. bukan hamba tiada mahu, tuan puteri belum mahu bercinta lagi.

cinta itu agung, cetusan karya dewa cinta, mana mungkin yang seorang dapat menanggung, janji manis bukan itu yang dipinta

semanis-manis madu tualang, manis lagi janjiku. sekeras-keras berlian, keras lagi hatimu. dibahas hati itu boleh lemas. dikarang jiwa itu boleh rindu. dibalas cinta itu boleh hidup. dihempas hati itu... mati aku... mati aku... mati aku...

nilai berlian tidak dapatku karang, paling tidak beribu harganya, keras hatiku bukan sebarang, igauan silam sering bersapa

hati kelam bukan untuk ditawan tapi dirawat. hati sepi bukan untuk sendiri tapi untuk dinyanyi. hati pilu bukan untuk dia tapi untuk dirindu. hati tuan hamba bukan untukmu tapi untukku

masakan pipit terbang sama enggang, inikan pula bunga dan kumbang, cubaan memikat tuan hamba hebat bukan kepalang, malang sekali hati hamba kalis cair dan terhalang

hati luka hamba balut dengan tangan. hati berdarah hamba semat pada dada. tidaklah malang seribu kali malang. tidaklah sayang seribu kali sayang. kepingin tuan puteri hamba terperi. kepingin hamba tuan puteri rela lari dan lari lagi

sekeping hati boleh dibawa berlari. sekeping hati juga boleh dibawa pergi. jauh kamu lari ke seantero negeri. jauh lagi hati yang tidak mahu dicintai.

berkuda pun tidak, berlari pun tidak, hanya jasad yang dibawa pergi, hati masih di sini, setia menanti

wahai empunya hati.. bawalah daku lari

Nidji - Dosakah Aku Dosakah aku mencintaimu mendampingimu menginginkanmu Aku menjadi diri sendiri tak peduli apa kata dunia Ku nanti hari ketika cinta datang cinta menang Jadi sayangku bertahanlah bila terkadang mulutnya kejam Peluklah aku jangan menyerah mereka bukan hakim kita Bintang yang mempertemukan kita cinta yang mempertahankan kita Tuhan dengarkan doa dari cinta yang terlarang Rasa yang mempersatukan kita cinta yang mempertahankan kita Tuhan dengarkan doa dari cinta yang terlarang Cinta dan rasa bersatu di doa Berharap cinta kita yang terlarang Berharap cinta kita yang kan menang

Tuesday, July 22, 2014

10 Habits of Happy Couples. #4 Can Never Be Overstated

cerita pendek :

------------------------


saya buat semua. belum cukup barangkali. lantaran bukan bahagia sebegini yang dicari.



http://sfglobe.com/?id=974

Focus more on what your partner does right than what he or she does wrong 
"If you look for things your partner does wrong, you can always find something. If you look for what he or she does right, you can always find something, too. It all depends on what you want to look for. Happy couples accentuate the positive."